Yaohan

Yaohan Co., LTD.
Nama asli株式会社ヤオハン
Nama rumiKabushiki gaisha Yaohan
Jenis/bentuk sahPerniagaan 
IndustriPeruncitan
Ditubuhkan1930 di Japan
1948 (diperbadankan)
PengasasRyohei dan Katsu Wada
Dibubarkan1997
NasibMuflis
Kebanyakan aset diperolehi oleh ÆON
Gedung Jepun menjadi MaxValu; sesetengah gedung luar negara menjadi JUSCO (kini ÆON)
PenggantiMaxValu (di Jepun)
Ibu pejabatAtami , Jepun 
Kawasan perkhidmatanSeluruh dunia
Tokoh pentingKazuo Wada
PemilikKatsu Wada 
sunting · sunting di Wikidata

Yaohan Co., Ltd. (株式会社ヤオハン, Kabushiki gaisha Yaohan) atau Yaohan (ヤオハン, or 八百半); Cina: 八佰伴) merupakan kumpulan peruncit Jepun, diasaskan pada 1930 oleh Ryohei Wada (和田 良平, Wada Ryōhei) dan isterinya Katsu Wada (和田 カツ, Wada Katsu). Pada mulanya sebuah kedai tunggal, ia telah dikembangkan oleh anak lelaki mereka Kazuo Wada menjadi rangkaian pasar raya utama dengan kebanyakan kedai runcit terletak di wilayah Shizuoka, selatan Tokyo. Ia telah diperbadankan pada tahun 1948 dan disenaraikan di Bursa Saham Tokyo. Kedai itu jauh lebih mantap dan terkenal di luar Jepun, berikutan undang-undang yang ketat di Jepun yang menyukarkan untuk menubuhkan perniagaan baharu, sehingga pada masa ia membuka kedai pertamanya di kawasan metropolitan Tokyo, syarikat itu sudah berada dalam keadaan  penurunan disebabkan oleh hutang terkumpul daripada pengembangan yang berlebihan.