Yahya Othman

Dato' Ustaz Haji
Yahya Othman
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan
Dalam jawatan
1990–1995
KetuaMenteri Besar, Nik Abdul Aziz Nik Mat
Kawasan pilihan rayaBanggol Judah
Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan
bagi Banggol Judah
Dalam jawatan
1990–1999
Didahului olehIsmail Mamat
Digantikan olehZakaria Yaacob
Maklumat peribadi
Lahir(1939-09-22)22 September 1939
Machang, Kelantan
Meninggal dunia14 Jun 2012(2012-06-14) (umur 72)
Machang, Kelantan
Parti politik Parti Islam Se-Malaysia

Yahya Othman ialah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia yang berlatarbelakangkan tarbiah harakiah. Beliau telah dinobatkan sebagai Murabbi PAS. Di peringkat parti, beliau merupakan bekas Setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS. Di peringkat kerajaan negeri, beliau merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Kerajaan Negeri Kelantan.