Yahya Mohd Seth
Tok Pentara Raja Tan Sri Haji Yahya bin Haji Mohd Seth ialah Menteri Besar Pahang dari 5 Mei 1964 hingga 31 Ogos 1972.
Beliau menjadi Yang diPertua UMNO Temerloh dan bekas pengurus Bank Kebangsaan Melayu Temerloh. Bank ini diasaskan oleh Maarof Zakaria, seorang peguam Melayu asal Kuala Pilah. Pada 29 Ogos 1950, Yahya Mohd Seth bersama Abdul Rahman Talib dari Kuantan bertemu dengan Tun Abdul Razak Hussein.