Xian JH-7
| Xian JH-7 FBC-1 Flying Leopard | |
|---|---|
|
| |
| Peranan | Pesawat pejuang-pengebom |
| Pengeluar | Perbadanan Industri Pesawat Xi'an |
| Penerbangan sulung | 14 Disember 1988 |
| Diperkenalkan | 1992 |
| Pengguna utama | Angkatan Laut Tentera Pembebasan Rakyat Angkatan Udara Tentera Pembebasan Rakyat |
| Jumlah dibina | 96 - 103+ buah |
Xian JH-7 (Jian Hong-7; nama pengenalan NATO Flounder), juga dikenali sebagai FBC-1 (Fighter/Bomber China-1) Flying Leopard, merupakan pesawat pejuang-pengebom dua tempat duduk (tandem), berenjin kembar yang digunakan dalam perkhidmatan dengan Angkatan Laut Tentera Pembebasan Rakyat dan Angkatan Udara Tentera Pembebasan Rakyat. Kontraktor-kontraktor utama adalah Perbadanan Industri Pesawat Xian dan Institut Rekabentuk Pesawat ke-603,kini dikenali sebagai Institut Pesawat Pertama bagi AVIC-1. Kumpulan pertama pesawat JH-7 telah diserahkan kepada Angkatan Udara pada pertengahan tahun 1990-an untuk penilaian dan versi penambahbaikan JH-7A kemudian memasuki perkhidmatan pada 2004.