Xi'an

Xi'an
西安市
Sian, Hsi-an
Sub-provincial dan prefecture-level city
Pagoda Angsa Liar Besar
Menara Genderang Xi'an
Menara Lonceng Xi'an
Nandajie
Tang Paradise
Tembok Kota Xi'an
Perbandaran Xi'an dalam Wilayah Shaanxi
Xi'an
Lokasi di China
Koordinat (Kerajaan Wilayah Shaanxi): 34°15′40″N 108°56′32″E / 34.26111°N 108.94222°E / 34.26111; 108.94222
NegaraChina
WilayahShaanxi
Kerusi pentadbiranWeiyang District
Pentadbiran
 • JenisSub-provincial city
 • BadanXi'an Municipal People's Congress
 • Setiausaha Parti KomunisWang Hao
 • Pengerusi KongresHu Runze
 • Datuk BandarLi Mingyuan
 • CPPCC PengerusiYue Huafeng
Keluasan
 • City10,762 km2 (4,155 batu persegi)
 • Bandar
5,808.6 km2 (2,242.7 batu persegi)
 • Metro
4,903.9 km2 (1,893.4 batu persegi)
Aras
405 m (1,329 ft)
Penduduk
 (2020 census)
 • City12,952,907
 • Kepadatan1,200/km2 (3,100/batu persegi)
 • Bandar
11,904,805
 • Kepadatan bandar2,000/km2 (5,300/batu persegi)
 • Metro
12,283,922
 • Kepadatan metro2,500/km2 (6,500/batu persegi)
GDP
 • CityCN¥1.201 trilion (US$154.2 bilion)
 • Per kapitaCN¥98,205 (US$15,108)
Zon waktuUTC+8 (CST)
Poskod
710000–710090
Kod kawasan29
Kod ISO 3166CN-SN-01
Awalan plat陕A、陕U
Bunga bandarBunga Delima
Pokok bandarPagoda tree
Laman sesawangxa.gov.cn
Nama Bahasa Cina
Bahasa Cina西安
PosSianfu
Maksud harfiahKeamanan Barat
Alternative Chinese name
Tulisan Cina Ringkas长安
Tulisan Cina Tradisional長安
Maksud harfiahKeamanan Abadi

Xi'an (Bahasa Cina: 西安pinyin: Xī'ān; juga dikenali sebagai Sian atau Hsi-an) ialah ibu negeri kepada wilayah Shaanxi di China. Terletak di Dataran Guanzhong, bandar ini merupakan bandar ketiga paling ramai penduduk di China Barat selepas Chongqing dan Chengdu, serta bandar terbesar di China Barat Laut. Menurut Banci 2020, jumlah penduduknya ialah 12.95 juta, termasuk 9.28 juta di kawasan bandar.

Xi'an adalah salah satu bandar tertua di China. Dikenali sebagai Chang'an sepanjang sejarah silam, Xi'an adalah salah satu daripada Empat Ibu Kota Purba Besar China dan pernah menjadi ibu kota bagi dinasti seperti Zhou Barat, Qin, Han Barat, Sui, Zhou Utara dan Tang. Xi'an juga merupakan terminal Jalan Sutera dan tapak Tentera Terracotta dari abad ke-3 SM, kedua-duanya diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Sejak 1980-an, Xi'an telah berkembang pesat sebagai pusat ekonomi, budaya, pendidikan dan teknologi bagi China Barat Laut. Bandar ini kini berstatus bandar sub-provinsi, mengendalikan 11 daerah dan 2 daerah kecil. Xi'an juga merupakan pusat kewangan dan penyelidikan yang penting di China, menduduki tempat ke-17 dalam senarai bandar utama China dan disenaraikan antara 100 pusat kewangan terkemuka dunia serta 20 bandar terbaik dunia dari segi output penyelidikan saintifik.