Xeroftalmia
| Xeroftalmia | |
|---|---|
| Pengelasan dan sumber luaran | |
| ICD-10 | E50.6-E50.7 |
| ICD-9 | 264.6-264.7 |
| P. Data Penyakit | 34035 |
| MedlinePlus | 000426 |
| MeSH | D014985 |
| Penafian perubatan | |
Xeroftalmia (Greek bagi mata kering, dari Ξηροφθαλμία = ξηρός, kering + οφθαλμός, mata) adalah keadaan perubatan di mana mata manusia gagal menghasilkan air mata. Ia mungkin disebabkan oleh kekurangan vitamin A dan kadangkala and digunakan bagi menggambarkan kekurangan tersebut, sungguhpun ia mungkin disebabkan oleh punca lain. Salah satu gejala awal dari penyakit ini adalah rabun senja, iaitu berkurangnya kemampuan melihat pada saat hari senja.
Xeroftalmia disebabkan oleh kekurangan vitamin A teruk digambarkan oleh pathologig kekeringan konjunktiva dan kornea. Konjunktiva menjadi kering, tebal dan berkedut. Sekiranya dibiarkan tanpa dirawat, ia boleh mendorong pada ulser kornea dan akhirnya kebutaan akibat kerosakan kornea.
Xeroftalmia adalah istilah yang biasanya menggambarkan kekeringan yang merosakkan pada bahagian konjunktiva epitelium akibat pemakanan kekurangan vitamin A — keadaan yang jarang yang terdapat di negara membangun, tetapi masih menyebabkan banyak kerosakan di negara sedang membangun. Satu bentuk mata kering dikaitkan dengan usia, kelopak mata tidak tertutup rapat, parut akibat kecederaan sebelumnya, atau penyakit autoimun seperti artritis reumatoid dan Sindrom Sjögren, dan kesemua ini mampu mengakibatkan konjunktivitis kronik. Rawatan radioiodin turut boleh mengakibatkan xeroftalmia, sering kali berlalu, sungguhpun pada sesetengah pesakit xeroftalmia lambat berlaku atau kekal telah dilihat.
Kerosakan pada kornea xeroftalmia yang berkait dengan vitamin A adalah agak berbeza berbanding kerosakan kepada retina di belakang bebola, sejenis kerosakan yang juga boleh disebabkan oleh kekurangan vitamin A, tetapi yang disebabkan oleh kekurangan bentuk lain vitamin A yang digunakan di dalam sistem visual. Xeroftalmia akibat hipovitaminosis A adalah khusus disebabkan oleh kekurangan metabolit vitamin A asid retinoik seperti hormon, kerana (bersama-sama dengan kesan pertumbuhan terbantut tertentu) keadaan ini boleh diterbalikkan pada tikus kekurangan vitamin A dengan tambahan asid retinoik (bagaimanapun kerosakan pada retina kekal). Oleh kerana asid retinoik tidak boleh dikurangkan pada retina atau retinol, kesan tersebut pada kornea mestilah khusus pada asid retinoik. Ini adalah selaras dengan keperluan asid retinoik yang dikenali untuk kesihatan yang baik dalam sel-sel epitelium, seperti pada kornea.