Wong Siew Ki
Wong Siew Ki | |
|---|---|
王诗棋 | |
| Setiausaha Publisiti Parti Tindakan Demokratik Negeri Selangor | |
| Menyandang jawatan 14 November 2021 | |
| Pembantu | Teh Hoong Keat (2021–2024) Pang Sock Tao (sejak 2024) |
| Setiausaha Agung | Lim Guan Eng (2021–2022) Anthony Loke Siew Fook (sejak 2022) |
| Pengerusi Negeri | Gobind Singh Deo (2021–2024) Ng Sze Han (sejak 2024) |
| Didahului oleh | Tiew Wey Kheng |
| Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor bagi Seri Kembangan | |
| Menyandang jawatan 12 Ogos 2023 | |
| Didahului oleh | Ean Yong Hian Wah (PH–DAP) |
| Majoriti | 36,160 (2023) |
| Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor bagi Balakong | |
| Dalam jawatan 8 September 2018 – 12 Ogos 2023 | |
| Didahului oleh | Eddie Ng Tien Chee (PH–DAP) |
| Digantikan oleh | Wayne Ong Chun Wei (PH–DAP) |
| Majoriti | 18,533 (2018) |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 17 Mei 1986 Ipoh, Perak, Malaysia |
| Kewarganegaraan | Malaysia |
| Parti politik | Parti Tindakan Demokratik (DAP) (sejak 2014) |
| Gabungan politik lain | Pakatan Rakyat (PR) (2014–2015) Pakatan Harapan (PH) (sejak 2015) |
| Tempat belajar | Universiti Putra Malaysia |
| Pekerjaan | Ahli politik |
| Laman web | dewan |
Wong Siew Ki (王诗棋; pinyin: Wáng Shīqí; lahir 17 Mei 1986) merupakan seorang ahli politik Malaysia yang telah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (ADUN) bagi kawasan Seri Kembangan sejak Ogos 2023. Beliau pernah berkhidmat sebagai ADUN Balakong dari September 2018 hingga Ogos 2023. Beliau merupakan ahli Parti Tindakan Demokratik (DAP), sebuah parti komponen dalam Pakatan Harapan (PH) dan dahulunya Pakatan Rakyat (PR). Beliau juga telah berkhidmat sebagai Setiausaha Publisiti Negeri DAP Selangor sejak November 2021. Sebelum ini, beliau pernah berkhidmat sebagai Ahli Majlis Perbandaran Subang Jaya (MBSJ), Ketua Pemuda Negeri DAP Selangor atau dikenali sebagai Ketua Negeri sayap pemuda DAP iaitu DAPSY Selangor, Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAPSY dan Ketua DAPSY kawasan Serdang.