Wollongong

Wollongong adalah kota terbesar ketiga di Australia bahagian New South Wales selepas Sydney dan Newcastle. Wollongong terletak 80 kilometer sebelah selatan Sydney di sebuah kawasan yang dikenali dengan nama Illawara. Wollongong mempunyai keluasan sebesar 684 km² dan penduduknya yang berjumlah 274.072 jiwa (2004).

Menggunakan kereta api dari Sydney, pengguna dapat sampai ke Wollongong dalam masa 90 hingga 120 minit. Menggunakan kenderaan peribadi seperti (kereta), dari Sydney ke Wollongong memakan masa kira-kira waktu 70 hingga 90 minit.

Wollongong memiliki sebuah universiti (Universiti Wollongong), dua buah katedral, pelbagai gereja yang mempunyai pelbagai aliran, dan juga memliki tokong Buddha terbesar di selatan dunia (Tokong Nan Tien) yang menjadi tarikan utama di Wollongong.

Disebut juga "The Gong", kota ini merupakan kota pertambangan dan industri yang memiliki tambang batu bata, fabrik besi, dan pelabuhan industri.