Witwatersrand
| Witwatersrand | |
|---|---|
Air terjun Taman Botani Kebangsaan Walter Sisulu National Botanical Garden dalam kawasan Witwatersrand. | |
| Titik tertinggi | |
| Ketinggian | 1,913 m (6,276 ka) |
| Koordinat | 26°12′13″S 28°2′34″E / 26.20361°S 28.04278°E |
| Dimensi | |
| Panjang | 56 km (35 bt) ESE/WNW |
| Lebar | 10 km (6.2 bt) NNE/SSW |
| Geografi | |
| Lokasi | berdekatan Johannesburg |
| Negara | Afrika Selatan |
| Provinsi | North West, Gauteng and Mpumalanga |
| Geologi | |
| Orogeni | Kawah meteor Vredefort |
| Usia batuan | Arkaen |
| Jenis batuan | Kuartzit, Konglomerat, Batu besi beralur, tillit and syal |
| Pendakian | |
| Laluan paling mudah | Dari Gauteng atau Pretoria |
Witwatersrand ([wit.wa.tĕrs.rand], dalam Bahasa Afrikaans bermaksud "rabung air putih") ialah suatu tubir sepanjang 56 kilometer terletak di utara Afrika Selatan Tubir ini terdiri daripada batuan metamorfik kuarsit keras tahan hakisan mengalirkan beberapa sungai yang datang dari utara membentuk air terjun besar.
Tubir ini membentuk tepi utara suatu dataran tinggi (atau rabung) berukuran 7-hingga-10-kilometer (4–6 bt) yang menaik sekitar 200 m (660 ka) di sekitar kawasan Highveld. Sebilangan petempatan kejiranan luar bandar Johannesburg terletak di rabung ini menghadap ke bahagian utara kota tersebut. Keseluruhan struktur seperti dataran tinggi juga sering disebut Witwatersrand. Ketinggian dataran tinggi di atas permukaan laut adalah antara 1700 dan 1800 meter (5600–5900 ka). Dataran tinggi ini membentuk jurang benua di mana air sungai-sungai Krokodil dan Limpopo mengalir ke Lautan Hindi, sementara sungai-sungai Vaal dan Oranye di selatan mengalir ke Lautan Atlantik.
Kawasan ini dikenali kerana banyak galian emas yang dilombong keluar dari batuannya lalu mengkayakan ekonomi Afirka Selatan pada zaman jajahannya.