Wisma Darul Aman

Wisma Darul Aman
Maklumat umum
JenisBangunan kerajaan
Bandar/pekanAlor Setar
NegaraMalaysia
sunting · sunting di Wikidata

Wisma Darul Aman terletak di Lebuhraya Darul Aman, Alor Setar, Kedah. Wisma pentadbiran ini menempatkan Dewan Undangan Negeri Kedah, pejabat Sultan Kedah, pejabat Menteri Besar dan jabatan-jabatan negeri.

Bangunan ini telah dirasmikan Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah pada 15 April 1993. Sebelum ini, semua pejabat-pejabat ini terletak di Wisma Negeri, Kedah.