Windows 95

Windows 95
Antaramuka Windows 95.
Maklumat umum
Jenis sistemWindows 9x
Keluarga sistemMicrosoft Windows
PembangunMicrosoft
Keadaan kerjaTidak disokong sejak 31 Disember 2001.
Model sumberSumber tertutup
Keluaran untuk
pembuatan
24 Ogos 1995
Keluaran terkiniOEM Service Release 2.5 / 1996
Tersedia dalam
Senarai bahasa
Didahului olehWindows 3.1 (mul)
Diganti olehWindows 98 (mul) dan Windows Nashville (en)
Ciri teknikal
Pelantar
Senarai pelantar yang disokong
x86 (mul)
Jenis intiInti monolitik
LesenMicrosoft EULA
Pautan berkaitan
Tapak webwww.microsoft.com/windows95/%20www.microsoft.com/windows95
sunting ยท sunting di Wikidata

Windows 95 adalah sistem pengendalian di dalam keluarga Windows yang berasaskan antaramuka pengguna grafik berorientasikan pengguna rumah. Ia dilancarkan pada 24 Ogos 1995 oleh Microsoft sebagai pembaharuan ketara daripada Windows 3.1x dengan menyepadukan MS-DOS dan Windows di dalam satu sistem pengendalian, sekaligus menjadikan Windows 95 sebagai sistem pengendalian penuh berbanding Windows 3.0 dan 3.1x yang hanya merupakan persekitaran pengendalian bagi MS-DOS.

Windows 95 menampilkan perubahan yang ketara dari segi antaramukanya. Format bagi antaramuka Windows 95 terus diguna pakai pada versi-versi Windows yang lebih terkini termasuklah Windows Vista. Bukan itu sahaja, malah format antaramuka Windows 95 turut ditiru pengeluar distribusi Linux di dalam persekitaran pengendalian antaramuka grafik pengguna Linux. Antaramuka Windows 95 adalah faktor utama Windows 95 menjadi sistem pengendalian paling berjaya pada masa tersebut.