William Montgomery Watt
William Montgomery Watt (14 Mac 1909 – 24 Oktober 2006) adalah seorang ahli sejarah Scotland, Profesor Emeritus dalam Bahasa Arab dan Pengajian Islam di Universiti Edinburgh. Watt merupakan salah seorang pentafsir Islam bukan-Muslim terpenting di Barat, dan seorang sarjana berpengaruh dalam bidang pengajian Islam." Biograpfi menyeluruhnya terhadap Nabi Muhammad s.a.w., Muhammad at Mecca (1953) dan Muhammad at Medina (1956), dianggap sebagai klasik dalam bidang ini.