William Joseph Donovan
William J. Donovan | |
|---|---|
| Duta Besar Amerika Syarikat ke Thailand | |
| Dalam jawatan 4 September 1953 – 21 Ogos 1954 | |
| Presiden | Dwight Eisenhower |
| Didahului oleh | Edwin F. Stanton |
| Digantikan oleh | John Peurifoy |
| Pengarah Pejabat Perkhidmatan Strategik | |
| Dalam jawatan 13 Jun 1942 – 1 Oktober 1945 | |
| Presiden | Franklin D. Roosevelt Harry Truman |
| Timbalan | John Magruder |
| Didahului oleh | Diri sendiri (Koordinator Maklumat) |
| Digantikan oleh | John Magruder (Unit Perkhidmatan Strategik) |
| Koordinator Maklumat | |
| Dalam jawatan 11 Julai 1941 – 13 Jun 1942 | |
| Presiden | Franklin D. Roosevelt |
| Didahului oleh | Jawatan diwujudkan |
| Digantikan oleh | Diri sendiri (Pengarah Pejabat Perkhidmatan Strategik) |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | William Joseph Donovan 1 Januari 1883 Buffalo, New York, AS |
| Meninggal dunia | 8 Februari 1959 (umur 76) Washington, D.C., AS |
| Tempat semadi | Tanah Perkuburan Nasional Arlington |
| Parti politik | Republikan |
| Pendidikan | Universiti Niagara Universiti Columbia (BA) |
| Nama panggilan | "Wild Bill" |
| Perkhidmatan tentera | |
| Kesetiaan | Amerika Syarikat |
| Cabang/khidmat | Pengawal Kebangsaan New York Tentera Darat Amerika Syarikat |
| Tahun khidmat | 1912–1916, 1919–1922 (Pengawal Kebangsaan) 1916–1919, 1941–1945 (Tentera Darat) |
| Pangkat | Mejar Jeneral |
| Pangkalan | Rejimen Ke-165 Infantri Pejabat Perkhidmatan Strategik |
| Perang/Pertempuran | Perang Dunia I Perang Dunia II |
| Anugerah tentera | Medal of Honor Distinguished Service Cross Distinguished Service Medal (3) Silver Star Purple Heart (2) National Security Medal Freedom Award |
William Joseph ("Wild Bill") Donovan (1 Januari 1883 – 8 Februari 1959) adalah seorang jeneral Amerika, peguam, pegawai perisikan dan diplomat. Donovan lebih diingati sebagai ketua Pejabat Perkhidmatan Strategik (OSS), iaitu pelopor kepada Agensi Perisikan Pusat, semasa Perang Dunia II. Beliau juga dikenali sebagai "Bapa Perisikan Amerika" dan "Bapa Perisikan Pusat". "Agensi Perisikan Pusat menganggap Donovan sebagai pengasas utamanya," menurut wartawan Evan Thomas dalam profil Vanity Fair 2011. Ruang lobi ibupejabat CIA, di Langley, Virginia, kini mempunyai patung Donovan. Thomas menerangkan bahawa "eksploitasi Donovan adalah sangat mustahil tetapi sekarang di dokumenkan dengan baik dalam rekod masa perang yang didedahkan yang menggambarkan beliau seorang yang berani, mulia, tergesa-gesa, periang, kadangkala keterlaluan dan penuh tipu daya."
Seorang veteran Perang Dunia I yang cemerlang, Donovan merupakan satu-satunya orang yang telah menerima semua empat pingat tertinggi Amerika Syarikat: Iaitu Medal of Honor, Distinguished Service Cross, Distinguished Service Medal, dan National Security Medal. Beliau adalah penerima pingat Silver Star dan Purple Heart, serta anugerah-anugerah lain dari beberapa negara untuk khidmat baktinya dalam kedua-dua Perang Dunia.