William Gibson
William Gibson | |
|---|---|
Gibson pada tahun 2008 | |
| Lahir | William Ford Gibson 17 Mac 1948 Conway, Carolina Selatan, Amerika Syarikat |
| Pekerjaan | Penulis novel |
| Warganegara | Amerika Syarikat, Kanada |
| Tempoh | 1977–kini |
| Genre | Cereka spekulatif, cereka sains |
| Pergerakan sastera | Cyberpunk, steampunk, postcyberpunk |
| Karya terkenal | Neuromancer (novel, 1984) |
| Anugerah | Nebula, Hugo, Philip K. Dick, Ditmar, Seiun (all 1985); Prix Aurora (1995) |
| Laman web | |
| williamgibsonbooks | |
William Ford Gibson (lahir 17 Mac 1948) ialah seorang penulis Amerika Syarikat. Beliau dikenali melalui penulisan cerita-cerita yang menyentuh kesan-kesan teknologi, sibernetik dan rangkaian komputer terhadap kehidupan manusia lalu mewujudkan gambaran dibayangkan terhadap zaman kemajuan teknologi sebegini sebelum Internet menjadi dibiasakan semasa dekad 1990-an. Malah penulisan beliau mencetuskan mulanya suatu subgenre cereka sains yang tersendiri iaitu cyberpunk.
Pencapaian ini turut diiktiraf meluas - The Guardian menyatakan Gibson sebagai "novelis paling penting sejak dua dekad lepas [1970-an]", Sydney Morning Herald pula menggelarnya "pengutus noir" genre cyberpunk. Pengkaryaan beliau yang meliputi 20 buah cerita pendek dan 10 novel banyak mempengaruhi pelbagai bidang baik yang terus seperti sains dan teknologi serta media seperti sastera, filem dan muzik.