William Butler Yeats

William Butler Yeats (/ˈjts/; 13 Jun 1865 – 28 Januari 1939) adalah seorang penyair Ireland yang merupakan salah satu tokok sastera yang paling penting pada abad ke-20. Beliau membantu mengasaskan Teater Abbey, dan pada tahun-tahun kemudiannya beliau turut berkhidmat sebagai seorang senator dalam Parlimen Negara Bebas Ireland selama dua penggal. Yeats merupakan antara penggerak di sebalik Kebangkitan Sastera Ireland bersama-sama dengan Augusta Lady Gregory, Edward Martyn dan orang lain yang seangkatan dengannya.