Wilayah Sar-e Pol
Sar-e Pol, juga dieja Sari Pul (Parsi: سر پل), merupakan salah satu daripada tiga puluh empat buah wilayah di Afghanistan. Wilayah ini terletak di bahagian utara negara itu. Ibu kotanya adalah kota Sar-e Pol. Bahasa Parsi adalah bahasa yang paling dominan di provinsi ini.
Kelompok etnik utama di wilayah ini adalah Uzbek, Pashtun dan Hazara, dan ada juga beberapa orang Arab dan Tajik.
Wilayah ini memiliki luas sekitar 16,360 km² dan berpenduduk sekitar 505,400 jiwa (2009).