Wilayah Riyadh

Wilayah Riyadh
منطقة الرياض
Peta Arab Saudi dengan Riyadh diserlahkan
Koordinat: 23°0′N 45°30′E / 23.000°N 45.500°E / 23.000; 45.500
Negara Arab Saudi
Ibu kotaRiyadh
Kegabenoran20
Pentadbiran
 • GabenorFaisal bin Bandar Al Saud
 • Timbalan GabenorMohammed bin Abdulrahman bin Abdulaziz
Keluasan
 • Jumlah404,240 km2 (156,080 batu persegi)
Penduduk
 (bancian 2022)
 • Jumlah8,591,748
 • Kepadatan21/km2 (55/batu persegi)
KDNK
 • JumlahAS$243.8 bilion (2022)
Poskod
(5+4)-Digit
Kod ISO 3166SA-01
Laman sesawangwww.riyadh.gov.sa

Wilayah Riyadh (Arab: منطقة الرياض Manṭiqat ar-Riyāḍ) atau Negeri Riyadh merupakan salah satu wilayah di Arab Saudi, yang terletak secara geografinya di tengah-tengah negara tersebut.Ia mempunyai kawasan seluas 404,240 km² dan penduduk seramai 8,216,284 pada 2017. Ia juga merupakan wilayah kedua terbesar dari sudut keluasan dan populasi, bersempadan Wilayah Utara dan Wilayah Makkah. Ibu negeri bagi wilayah ini ialah Daerah Riyadh dan ia dinamakan bersempena nama ibu negara, Riyadh yang merupakan kota paling ramai penduduk di wilayah Riyadh dan negara Arab Saudi, dengan kurang sedikit daripada dua pertiga penduduknya tinggal di kawasan bandar.

Bandar-bandar lain yang ramai penduduk di wilayah ini termasuklah Al Ghat, Zulfi dan Majma'ah. Lebih kurang separuh daripada wilayah ini merupakan kawasan gurun. Ia hanya bersempadan dengan wilayah-wilayah lain dan tiada sempadan antarabangsa. Wilayah-wilayah yang bersempadan, mengikut arah jam dari utara, ialah Wilayah Syarqiyah, Wilayah Najran, Wilayah 'Asir, Wilayah Makkah, Wilayah Madinah dan Wilayah al-Qasim. Ia merupakan salah satu daripada 7 wilayah di Arab Saudi yang tidak mempunyai pesisir pantai.