White Album 2
White Album 2 (ホワイトアルバム2, Howaito Arubamu 2) adalah trilogi novel visual yang dibangungkan oleh Leaf bagi sistem komputer Microsoft Windows, dan sekuel kepada White Album, siri novel visual Leaf terdahulu. Siri pertamanya, White Album 2: Introductory Chapter dikeluarkan pada 26 Mac 2010.
Bahagian kedua siri ini bernama White Album 2: Closing Chapter dan dikeluarkan pada 22 Disember 2011. Versi PlayStation 3 untuk keluaran umum pelbagai yang menggabungkan kedua-dua bab diterbitkan oleh Aquaplus dan telah dikeluarkan pada 2012 dan kemudian dialih pasarkan untuk PlayStation Vita pada 2013.
Epilognya White Album 2 - Mini-After Story telah dikeluarkan untuk Windows pada tahun 2014. White Album 2: Extended Edition, menggabungkan kedua-dua bab berserta epilog dikeluarkan pada 2018, juga untuk platform Windows. Permainan White Album 2 mengikut garis plot lurus yang menawarkan senario pra-tentu dengan ruang interaksi. Siri televisyen adaptasi anime disiarkan di Jepun antara Oktober dan Disember 2013.