Westland Wasp
| Westland Wasp | |
|---|---|
| Peranan | Helikopter |
| Pengeluar | Westland |
| Penerbangan sulung | 28 Oktober, 1962 |
| Diperkenalkan | 1963 |
| Dihentikan | 2000 (Tentera Laut Diraja Malaysia) |
| Pengguna utama | Fleet Air Arm Tentera Laut Diraja New Zealand Pasukan Udara Tentera Laut Belanda Tentera Laut Diraja Malaysia |
| Jumlah dibina | 125 buah |
| Dibangunkan dari | Westland Scout |
Westland Wasp merupakan generasi pertama helikopter anti kapal selam atas kapal yang berkuasa turbin-gas, ringan. Ia adalah hasil program P.531 yang sama yang menghasilkan Scout tentera British dan berasaskan Saro Skeeter yang lebih awal dengan enjin piston. Ia memenuhi keperluan 'MATCH' (MAnned Torpedo-Carrying Helicopter) oleh Tentera Laut Diraja British bagi helikopter kecil yang mampu mendarat di atas kapal friget dan mampu membawa dua torpedo pensasar.