WebM
| WebM | |
|---|---|
| Sambungan fail: | .webm |
| Jenis media Internet: | video/webm, |
| Dibangunkan oleh: | Initially On2, Xiph, and Matroska; later Google |
| Jenis format: | Video file format |
| Bekas untuk: | VP8/VP9/AV1 (video) Vorbis/Opus (audio) |
| Diperluas daripada: | Limited subset of Matroska |
WebM ialah suatu format fail media audiovisual. Ia dibangunkan sebagai suatu kemudahan bebas royalti yang boleh diterapkan untuk tujuan persendirian pada unsur video dan audio HTML5.
Format ini pada asalnya hanya menyokong strim-strim video VP8 dan audio Vorbis, namun kemudiannya dikemaskini agar dapat menampung juga format-format video VP9 dan audio Opus pada tahun 2013.