Wataru Endo

Wataru Endo
Endo pada tahun 2018
Maklumat peribadi
Nama penuh Wataru Endo
Tarikh lahir (1990-02-09) 9 Februari 1990
Tempat lahir Totsuka-ku, Yokohama, Jepun
Ketinggian 1.78 m (5 ka 10 in)
Posisi permainan Pertahanan
Maklumat kelab
Kelab terkini
Liverpool
Nombor 3
Kerjaya remaja
2008–2010 Shonan Bellmare Remaja
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2010–2015 Shonan Bellmare 158 (23)
2016–2018 Urawa Red Diamonds 73 (5)
2018–2020 Sint-Truiden 20 (2)
2019–2020VfB Stuttgart (Pinjam) 21 (1)
2020–2023 VfB Stuttgart 99 (12)
2023– Liverpool 4 (1)
Pasukan kebangsaan
2012 Japan B19 4 (0)
2015–2016 Jepun B23 6 (0)
2015– Jepun 52 (2)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 22:38, 8 Mac 2025 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 23:17, 19 November 2024 (UTC)

Wataru Endo (遠藤 航, Endō Wataru, lahir Februari 9 1990) ialah seorang pemain bola sepak Jepun yang bermain untuk Liverpool dan pasukan kebangsaan Jepun.

Endō memulakan kariernya di kelab Liga J1, Shonan Bellmare sebelum berpindah ke Urawa Red Diamonds pada 2016, di mana beliau memenangi gelaran liga dan Liga Juara-Juara AFC 2017. Pada 2018, beliau menyertai Sint-Truiden di Liga Pro Belgium, sebelum dipinjamkan ke kelab Bundesliga, VfB Stuttgart pada 2019. Beliau menandatangani kontrak secara tetap dengan Stuttgart pada April 2020 dan menjadi kapten pasukan pada musim terakhirnya di Jerman. Endō menyertai Liverpool pada Ogos 2023.

Endō memulakan kerjaya antarabangsa dengan pasukan kebangsaan Jepun pada tahun 2015, dan sejak itu telah mengumpul lebih daripada 60 penampilan, termasuk penyertaan dalam dua Piala Dunia FIFA dan dua Piala Asia AFC. Beliau dilantik sebagai kapten Jepun buat kali pertama pada Jun 2023.