Wasabi

Wasabi
Penanaman wasabi
di Semenanjung Izu, Jepun
Pengelasan saintifik
Domain: Eukaryota
Alam: Plantae
Klad: Trakeofit
Klad: Eudikot
Klad: Rosid
Order: Brassicales
Keluarga: Brassicaceae
Genus: Eutrema
Spesies:
E. japonicum
Nama binomial
Eutrema japonicum
(Miq.) Koidz.
Sinonim
  • Wasabia japonica (Miq.) Matsum.
  • Alliaria wasabi (Maxim.) Prantl
  • Cochlearia wasabi Siebold.
  • Eutrema okinosimense Taken.
  • Eutrema wasabi Maxim
  • Lunaria japonica (basionim) Miq.
  • Wasabia okinosimensis (Taken.) Hatus.
  • Wasabia pungens Matsum.
  • Wasabia wasabi (Maxim.) Makino

Wasabi (bahasa Jepun: ワサビ, わさび, atau 山葵; nama botani: Eutrema japonicum) ialah tanaman asli Jepun dalam keluarga Brassicaceae. Ia tumbuh asli di Jepun, Timur Jauh Rusia termasuk Sakhalin, dan Semenanjung Korea. Ia ditemukan di sepanjang anak-anak sungai yang bersih, sejuk (suhu 10-17℃) dan mengalir perlahan-lahan di kaki gunung-ganang pulau Honshu, Kyushu dan Shikoku.

Di tempat-tempat biasa, tanaman ini hanya tumbuh liar di daerah beriklim sejuk, di lembah pinggiran sungai atau di tengah air bersih yang . Di Jepun, wasabi tumbuh liar di sepanjang aliran sungai di daerah pergunungan

Rimpangnya diparut sebagai bumbu pedas dalam masakan Jepun seperti sasyimi, susyi, soba dan ochazuke.