Warga Arab di Israel

Warga Arab di Israel
فلسطينيو 48
עֲרָבִים אֶזרָחֵי יִשְׂרָאֵל
Jumlah penduduk
1,890,000
Lebih 278,000 di Baitulmaqdis Timur dan Dataran Tinggi Golan (2012)
20.95% daripada populasi Israel (2019)
Kawasan ramai penduduk
 Israel
Bahasa
Bahasa Arab Syam (bahasa Arab Palestin, bahasa Arab Lubnan, dialek-dialek Badwi) dan Ibrani
Agama
Islam 84% (kebanyakannya Sunni), agama Kristian 8% dan Druze 8%

Warga Arab di Israel ialah warganegara Israel yang beretnik Arab. Ini termasuk orang Palestin, Badwi Naqab, orang Druze dan Arab Kristian dan Islam yang tidak menganggap sebagai orang Palestin. Pelbagai istilah digunakan untuk penduduk Arab dalam bahasa Arab, termasuk Palestin 48 atau Arab 48 (Arab: فلسطينيو 48، عرب 48, rumi: Filastiniyyū Thamaniya Wa-Arba'in, Arab Thamaniya Wa-Arba'in). Semenjak Nakbah, orang Palestin yang kekal di dalam sempadan 1948 Israel telah dikenali dalam percakapan sebagai "Arab 48". Penduduk Arab dipanggil Israel-Arab atau hanya "Arab" oleh Israel, dan media antarabangsa selalu menggunakan Arab-Israel untuk membezakan mereka daripada orang Palestin di wilayah Palestin.