Wangsa Hasyimiah
| Wangsa Hasyimiah |
|---|
Wangsa Hasyimiah (Latin: Hashemite; Arab: هاشمي, terjemahan: Hāšimī) secara tradisionalnya merujuk kepada Bani Hashim, atau "suku kaum keturunan Hashim", suatu puak terbesar kaum Arab Quraisy. Ia juga merujuk kepada dinasti Arab yang bersangkutan dengan cabang susur galur keturunan Muhammad bermula dari Lembah Hijaz, Semenanjung Tanah Arab. Wangsa Hasyimiah juga juga dikenali sebagai Kerabat DiRaja Jordan. Ini kerana keluarga Diraja pemerintah Jordan atau Raja Jordan tergolong dalam kerabat ini.