Wangsa Glücksburg
Wangsa Glücksburg atau nama panjangnya Wangsa Schleswig-Holstein-Sonderburg-Glücksburg ialah sebuah cabang Denmark-Jerman dari Wangsa Oldenburg. Ahli kerabat wangsa ini pernah menjadi penguasa yang memerintah seberapa kawasan Eropah ketika dahulu seperti di Denmark (Ratu Margrethe II), Norway (Raja Harald V ), Yunani (Raja Konstantinos II) dan beberapa negeri utara Jerman .
Wangsa ini dinamakan sempena bandar Glücksburg di pesisiran kecil Selatan Schleswig, selatan fiord Flensburg yang memisahkan Jerman dari Denmark. Pada tahun 1460, Wangsa Glücksburg menggabung dalam kerajaan Schleswig dan Holstein, melalui pembesar Oldenburg bergelar Graaf iaitu Christian VII.