Wan Ismail Wan Jusoh

Wan Ismail Wan Jusoh
Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan
bagi Melor
Dalam jawatan
2008–2013
Didahului olehAzmi Ishak
Digantikan olehMd Yusnan Yusof
Dalam jawatan
1999–2004
Didahului olehZainal Abidin Ab. Kadir
Digantikan olehAzmi Ishak
Maklumat peribadi
Lahir
Wan Ismail bin Wan Jusoh

1955
Meninggal dunia26 Ogos 2021
Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai
Parti politik Parti Islam Se-Malaysia


Wan Ismail bin Wan Jusoh (1955-2021) ialah seorang ahli politik Malaysia dari Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Beliau pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melor, Kelantan selama dua penggal iaitu 1999-2004 dan 2008-2013. Dalam parti, beliau merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Ketereh. Beliau juga dilantik sebagai Penyelia Parlimen Ketereh oleh Kerajaan Negeri Kelantan sebelum jawatan tersebut dimansuhkan pada 2020. Beliau juga merupakan Ahli Lembaga Institut Pemikiran Tok Guru, di Kelantan.