Wallacea
Wallacea ialah suatu gelaran biogeografi untuk sekumpulan pulau-pulau Indonesia yang dipisahkan oleh selat-selat air dalam daripada pentas benua Asia dan Australia. Wallacea meliputi Sulawesi, pulau terbesar dalam kumpulan itu, dan juga Lombok, Sumbawa, Flores, Sumba, Timor, Bali ,dan serta banyak pulau-pulau kecil lainnya. Pulau-pulau Wallacea dibatasi oleh Sundaland (Semenanjung Melayu, Sumatera, Borneo, dan Jawa ) di sebelah barat, dan oleh Oceania Dekat yang merangkumi Australia, Maluku, dan New Guinea di sebelah selatan dan timur. Luas keseluruhan daratan kawasan Wallacea adalah 347,000 km².