Wali (kumpulan muzik)
Wali | |
|---|---|
| Maklumat latar belakang | |
| Asal | Ciputat, Tangerang Selatan, Indonesia |
| Genre | Pop, Rock, Hard rock, Pop Melayu, Rock alternatif, Slow rock, Religi |
| Tahun aktif | 1999 |
| Syarikat rakaman | Nagaswara |
| Kegiatan berkaitan | Berkumpulan |
| Anggota semasa | Faank (vokal) Apoy (gitar) Tomi (dram) Ovie (papan kekunci) |
| Bekas anggota | Raden (gitar bes) Endang Kurnia (gitar) Nunu (gitar bes) |
| Pautan berkaitan | |
| Pautan lain | |
| sunting ยท sunting di Wikidata | |
Wali ialah sebuah kugiran kumpulan muzik terkenal yang berasal dari Ciputat, Tangerang Selatan, Indonesia. Kumpulan muzik ini ditubuhkan pada tahun 1999. Anggota asalnya ialah seramai lima orang iaitu Faank (vokal), Apoy (gitar), Tomi (dram) dan Ovie (papan kekunci). Kumpulan ini juga menyampaikan lagu bergenre pop, rock, hard rock, pop rock, pop melayu, rock alternatif, religi, balada serta mempunyai sentuhan hit etnik Melayu. Sepanjang nama mereka telah mencipta fenomena di layar perak industri muzik, mereka telah menghasilkan lebih daripada 6 album dan puluhan single terbaik. Lagu yang dikenali pada tahun 2008 adalah menerusi single dari album pertama Orang Bilang yang diterbitkan, iaitu Dik dan Egokah Aku. Malah, pembikinan muzik video kedua-dua lagu tersebut juga mendapat sambutan hangat lebih daripada 3.5 juta tontonan hasil sentuhan kolaborasi bersama aktres drama terkenal Indonesia, Shireen Sungkar, selaku model untuk video klip tersebut.
Selepas kejayaan album pertama sulung mereka, Wali segera menghasilkan album kedua yang sebahagian besar telah dicipta lirik oleh Apoy. Ketika itu, mereka lahirnya dengan menerusi lagu yang menjadi carta hit terbaik, iaitu Cari Jodoh. Berkat kejayaan menerusi lagu tersebut, kumpulan ini mendapat hadiah pakej umrah daripada syarikat rakaman bawah naungan label yang dikenali sebagai Nagaswara Music.
Pada pertengahan Ramadan tahun 2009, kumpulan tersebut juga mencipta album ketiga yang berkonsepkan pop religi iaitu Mari Shalawat yang dimuatkan dalam album yang bertajuk Ingat Shalawat. Selepas kejayaan album ketiga, salah seorang dari ahli kumpulan tersebut iaitu Nunu, yang bermain gitar bass, mengundurkan diri daripada kumpulan Wali dan dikhabarkan menumpukan perhatian dalam menghasilkan projek single album bersama bassist dari kumpulan Dewa 19, dan bekerjasama dengan Yuke Samporna untuk penghasilan tersebut.