Waldens
Waldens adalah nama bagi sebuah golongan Kristian pengikut Peter Waldo. Gerakan ini muncul sekitar abad ke-12 di Lyon dan juga dikenali dengan sebutan 'Orang-orang Miskin dari Lyon'. Gerakan ini muncul sebelum gerakan Reformasi Protestan bermula. Oleh kerana itu, gerakan ini termasuk ke dalam gerakan pra-Reformasi.