Waktu di Filipina

Waktu Piawai Filipina (Filipina: Pamantayang Oras ng Pilipinas, bahasa Inggeris: Philippine Standard Time, singkatan PST, atau PhST) ialah zon waktu yang digunakan di Filipina. Waktu Piawai Filipina moden ditetapkan di Batas Pambansa Blg. 8, aturan yang menetapkan sistem metrik, yang dipersetujui pada tanggal 2 Disember 1978 dan mula dikuatkuasakan pada 1 Januari 1983.

Secara geografinya, Filipina terbentang 116° 40' dan 126° 34' Bujur Timur, sehingga secara fizikalnya terletak pada zon waktu UTC+8. Waktu Piawai Filipina di bawah kelolaan Pentadbiran Perkhidmatan Astronomi, Geofizik dan Atmosfera Filpina, atau PAGASA.