Wadjda
| |
|---|---|
| Pengarah | Haifaa al-Mansour |
| Penulis | Haifaa al-Mansour |
| Dihasilkan oleh |
|
| Dibintangi |
|
| Sinematografi | Lutz Reitemeier |
| Disunting oleh | Andreas Wodraschke |
| Muzik oleh | Max Richter |
Syarikat penerbitan |
|
| Diedarkan oleh |
|
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 98 minit |
| Negara | Arab Saudi |
| Bahasa | Bahasa Arab |
| Pecah panggung | $14.5 juta |
Wadjda (Arab: وجدة, rumi: Wajda, disebut [wad͡ʒ.da]) merupakan sebuah filem drama Arab Saudi, yang ditulis dan diarahkan oleh Haifaa al-Mansour (dalam penampilan sulung arahannya). Ia adalah filem cereka pertama yang dirakam sepenuhnya di Arab Saudi dan filem panjang pertama yang dibuat oleh pengarah wanita Arab Saudi. Ia memenangi banyak anugerah di festival filem di seluruh dunia. Filem ini dipilih sebagai penyertaan Arab Saudi untuk Filem Bahasa Asing Terbaik di Anugerah Akademi ke-86 (kali pertama negara membuat penyerahan untuk Oscar), tetapi ia tidak dicalonkan. Ia berjaya memperoleh pencalonan untuk Filem Asing Terbaik di Anugerah BAFTA 2014.