Volkswagen Beetle

Volkswagen Type 1
Maklumat
PengilangVolkswagen
Juga dikenaliVolkswagen Beetle
Pengeluaran1938—2003
PenggantiVolkswagen New Beetle Volkswagen Golf
KelasKereta ekonomi
Gaya badanCabriolet 2 pintu
Coupé 2 pintu
Enjin1.2 L 4 rata
1.3 L 4 rata
1.5 L 4 rata
1.6 L 4 rata

Volkswagen Type 1, lebih dikenali sebagai Beetle atau Bug atau Bi-Bi-Bi, ialah model kereta ekonomi yang dihasilkan oleh pengeluar kereta Jerman Volkswagen (VW) dari tahun 1938 sehingga 2003. Walaupun nama "Beetle" and "Bug" diterima ramai dalam masa yang singkat, hanya pada bulan Ogos 1967 barulah VW menggunakan nama Beetle untuk pasaran Amerika Syarikat. Di Britain, VW tidak pernah menggunakan nama Beetle secara rasmi. Sebelum ini ia hanya dikenali sama ada "Type I" ataupun 1200, 1300 atau 1500, yang merupakan nama yang digunakan dalam pasaran Eropah; nombor tersebut merujuk kepada saiz enjin dalam sentimeter padu. Pada tahun 1998, selepas model asal sudah lama dihentikan pengeluarannya bagi sebahagian besar pasaran dunia (tetapi masih dikeluarkan di Mexico sehingga tahun 2003) VW memperkenalkan model "New Beetle" (dibina berasaskan platform Volkswagen Golf) yang menampilkan keserupaan kosmetik kepada rupa bentuk asal.