Vladimir Agung

Vladimir Agung
Muka depan ukiran Vladimir pada salah satu syilingnya. Beliau dinobatkan dalam gaya Byzantine, memegang tongkat silang di satu tangan dan trisula yang diilhamkan oleh Khazar di tangan yang lain.
Pengiran Besar Kiev
Reign11 Jun 978 – 15 Julai 1015
Didahului olehYaropolk I
Diikuti olehSviatopolk I
Pengiran Novgorod
Pemerintahan970 – s. 988
Didahului olehSviatoslav I
Diikuti olehVysheslav
Keputeraans. 958
Budnik berdekatan Pskov (Pskov Oblast moden) atau Budiatychi (Volyn Oblast moden)
Kemangkatan15 Julai 1015 (berusia lebih kurang 57)
Berestove (kini di Kyiv)
PemakamanGereja Tithes, Kyiv
Isteri
  • Allogia
  • Rogneda of Polotsk
  • Adela
  • Malfrida
  • Anna Porphyrogenita
Anakanda
among others
  • Iziaslav, Polotsk
  • Yaroslav Sang Bijaksana
  • Mstislav, Chernigov
  • Saint Boris
  • Saint Gleb
  • Sudislav
  • Maria Dobroniega, Kiev
  • Agatha (berkemungkinan)
Nama penuh
Vladimir Sviatoslavich
DinastiRurik
AyahandaSviatoslav I, Kiev
BondaMalusha
AgamaKekristianan Chalcedonia (bermula tahun 988)
sebelum ini Paganisme Slav
Vladimir
Lahirsekitar tahun 958
Meninggal15 Julai 1015
Dihormati olehGereja Ortodoks Timur
Gereja Katolik
Golongan Anglikan
Lutheranisme
Hari perayaan15 Julai

sunting


Vladimir I Sviatoslavich atau Volodymyr I Sviatoslavych (Bahasa Slavik Timur Kuno: Володимѣръ Свѧтославичь, rumi: Volodiměr Svętoslavič; Nama Kristian: Basil; s. 958 – 15 Julai 1015), diberi gelaran "Vladimir Agung", ialah seorang Pengiran Novgorod bermula tahun 970 dan kemudian menjadi Pengiran Besar Kiev bermula tahun 978 sehingga kemangkatannya pada tahun 1015. Gereja Ortodoks Timur menobatkannya sebagai Saint Vladimir.

Ayahanda Vladimir ialah Sviatoslav I dari Dinasti Rurik. Selepas kematian bapanya pada tahun 972, Vladimir yang ketika itu merupakan pengiran di Novgorod, terpaksa melarikan diri ke luar negara selepas abangnya Yaropolk membunuh saudaranya yang lain bernama Oleg pada tahun 977 untuk menjadi pemerintah tunggal di Rusia. Vladimir mengumpulkan tentera di Varanger dan kembali untuk menggulingkan Yaropolk pada tahun 978. Menjelang tahun 980, Vladimir telah menyatukan kerajaannya sehingga mencecah Laut Baltik dan mengukuhkan sempadan perbatasan menentang pencerobohan orang Bulgaria, suku Balt dan nomad Timur. Pada asalnya yang juga merupakan pengikut paganisme Slav, Vladimir memeluk agama Kristian pada tahun 988, dan mengkristiankan penduduk Rus Kievan.