Vivekananda Ashram

Vivekananda Ashram
விவேகானந்தா ஆஷ்ரம்
Maklumat umum
Gaya seni binaarkitektur Indo-Saracenic
LokasiJalan Tun Sambanthan, Kuala Lumpur,  Malaysia
Disiapkan pada1904
PemilikTVAKL
sunting · sunting di Wikidata

Vivekananda Ashram adalah sebuah bangunan yang terdapat di Brickfields, Kuala Lumpur. Bangunan ini adalah sebuah mercu tanda bersejarah yang sangat penting dan telah diwartakan sebagai Tapak Warisan Kebangsaan pada tahun 2016. Ia dibina pada tahun 1904 oleh komuniti Tamil Jaffna yang berhijrah ke kawasan Brickfields. Bangunan ini bukan sahaja menjadi tempat yang penting bagi komuniti Tamil Jaffna Sri Lanka di Malaysia, tetapi juga mencerminkan nilai budaya, pendidikan, dan sejarah mereka.

Pada tahun 2016, bangunan ini diwartakan sebagai Tapak Warisan Kebangsaan.

Bangunan ini turut merangkumi sebuah patung gangsa di bahagian hadapan yang didirikan untuk menghormati Swami Vivekananda, seorang sami Hindu India yang dianggap sebagai seorang santo patriotik di India.