Biola
Sebuah biola moden yang standard ditunjuk dari depan dan sisi | |
| Alat tali | |
|---|---|
| Nama lain | violin |
| Pengelasan Hornbostel-Sachs | 321.322-71 (Komposit kordofon dibunyi oleh penggesek) |
| Dibangunkan | Awal abad ke-16 |
| Lingkungan dimain | |
| Alat muzik berkaitan | |
| Pemuzik | |
| |
| Pembina | |
| |
Biola (Jawi: بيولا pinjaman Portugis: viola) atau violin adalah sejenis alat muzik bertali empat dengan leher tanpa fret yang dimainkan dengan mengunakan penggesek (bow) sambil hujung biola diletakkan di bahu pemain. Ia paling masyhurnya digunakan dalam memainkan lagu-lagu ghazal Melayu dipengaruhi alat sarangi yang wujud dalam duluan yang dikembangkan di tanah India.
Terdapat beberapa alat lain dalam keluarga biola, contohnya viola dan selo. Bezanya adalah dari segi saiz (kerana bunyi yang dikeluarkan berbeza), namun cara bermain adalah sama. Biola adalah yang terkecil dan mengeluarkan pic yang paling tinggi. Biola dibuat oleh tukang lut (luthier).