Vigdís Finnbogadóttir

Vigdís Finnbogadóttir
Presiden Iceland ke-4
Perdana MenteriGunnar Thoroddsen
Steingrímur Hermannsson
Þorsteinn Pálsson
Steingrímur Hermannsson
Davíð Oddsson
Didahului olehKristján Eldjárn
Digantikan olehÓlafur Ragnar Grímsson
Maklumat peribadi
Lahir (1930-04-15) 15 April 1930
Reykjavík, Kerajaan Beraja Iceland
Tempat belajarUniversiti Paris
Grenoble Alps University
Universiti Copenhagen
Universiti Iceland

Vigdís Finnbogadóttir ([ˈvɪɣtis ˈfɪn.pɔɣaˌtoʊhtɪr]; lahir 15 April 1930) berkhidmat sebagai Presiden Iceland yang keempat dari 1 Ogos 1980 hingga 1996. Beliau merupakan presiden wanita pertama yang dipilih langsung secara demokratik di dunia. Tempoh jawatannya selama genap enam belas tahun juga menjadikannya ketua negara wanita yang berkhidmat paling lama di mana-mana negara. Pada masa ini, beliau adalah seorang Duta Muhibah UNESCO serta seorang Anggota Kelab Madrid. Beliau juga merupakan satu-satunya presiden wanita Iceland.