Videografi Siti Nurhaliza
| Diskografi video Siti Nurhaliza | |
|---|---|
Siti Nurhaliza membuat persembahan semasa jelajah promosi SimplySiti di The Spring, Kuching, Sarawak pada 6 Jun 2010. | |
| Album video | 4 |
| Video muzik | 105 |
| Album kompilasi video | 10 |
| Album konsert | 10 |
| Album DVD | 4 |
| Video lirik | 9 |
Penyanyi rakaman Malaysia Datuk Siti Nurhaliza telah mengeluarkan empat album video, empat album DVD, 10 album kompilasi video, 10 album konsert, 93 muzik video dan 9 video lirik serta telah menjayakan beberapa iklan televisyen. Dari album pertamanya, Siti Nurhaliza (1996), beliau telah mengeluarkan muzik video untuk lagu "Jerat Percintaan" dan "Jawapan Di Persimpangan". Album keduanya, Siti Nurhaliza II (1997) telah mengeluarkan muzik video untuk lagu "Aku Cinta Padamu", "Wajah Kekasih", "Bisikan Asmara" dan beberapa muzik video lagunya yang lain. Album ketiga, keempat dan ketujuhnya, Cindai (1997), Adiwarna (1998), Safa (2001) masing-masing telah mengeluarkan 10 muzik video.
Album ke-16 beliau, Fragmen (2014) telah menerbitkan muzik video untuk lagu "Lebih Indah" dan "Jaga Dia Untukku". Muzik video untuk "Lebih Indah" telah diterbitkan bagi mempromosikan produk eau de toilettes keluaran SimplySiti dan ianya didapati di akaun YouTube rasmi SimplySiti pada 30 Mei 2014, sementara muzik video bagi "Jaga Dia Untukku" telah difilemkan di Bogor, Indonesia.
Pada November 2016, Datuk Siti telah mengeluarkan muzik video untuk lagu "Menatap Dalam Mimpi" yang dimuatkan dalam album secara langsung beliau, Unplugged (2015). Muzik video keduanya telah dimuatnaik di akaun Vevo rasmi Datuk Siti dan juga di YouTube selepas muzik video pertamanya ditarik balik dalam masa 12 jam selepas ia dimuatnaik pada Ogos.