Panggung dan Dewan Konsert Victoria
| Panggung dan Dewan Konsert Victoria ڤڠڬوڠ دان ديوان كونسرت ۏيكتوريا | |
|---|---|
Panggung dan dewan konsert | |
| Nama lama | Dewan Perbandaran dan Dewan Peringatan Victoria |
| Maklumat umum | |
| Jenis | Panggung, dewan konsert |
| Gaya seni bina | Neoklasik |
| Lokasi | Singapura |
| Alamat | 9 Empress Place, Singapore 179556 |
| Negara | Singapura |
| Koordinat | 1°17′17.7″N 103°51′5.9″E / 1.288250°N 103.851639°E |
| Pembinaan bermula | 1855 |
| Disiapkan pada | 1909 |
| Reka bentuk dan seni bina | |
| Arkitek | John Bennett Alexander Murray Regent A. J. Bidwell |
| Gelaran | Monumen nasional |
| Maklumat lain | |
| https://www.vtvch.com/ | |
Monumen Nasional Singapura | |
| Ditetapkan | 14 Februari 1992 |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Panggung dan Dewan Konsert Victoria adalah sebuah pusat seni pentas yang berada di 9 Empress Place di Kawasan Tengah, Singapura. Ia merupakan sebuah kompleks dua bangunan dan menara jam yang bergabung bersama oleh koridor sepunya. Bahagian tertua bangunan itu pertama kali dibina pada tahun 1862, dan kompleks itu siap dibina pada tahun 1909. Kompleks tersebut juga melalui beberapa proses pengubahsuaian dan pembaikan, yang terbaru adalah pada 2010 apabila kompleks itu ditutup untuk projek ubah suai selama empat tahun. Ia dibuka semula pada 15 Julai 2014.
Bangunan-bangunan di situ telah digunakan untuk beberapa tujuan, seperti acara-acara awam, mesyuarat politik, pameran, persembahan pentas dan muzikal. Dewan konsert digunakan sebagai tempat persembahan oleh Orkestra Simfoni Singapura (SSO), dan kompleks itu diuruskan oleh The Esplanade Co Ltd. Panggung dan Dewan Konsert Victoria diwartakan sebagai monumen nasional pada 14 Februari 1992.