Vesper

Vesper (berasal dari bahasa Yunani ἑσπέρα "hespera" dan bahasa Latin vesper, kedua-duanya bermaksud "malam") adalah upacara sembahyang yang diadakan oleh para liturgi Kristian mazhab Ortodoks, Katolik Rom dan Timur, Anglikan dan Lutheran pada waktu senjahari.

Istilah ini juga digunakan dalam beberapa mazhab Protestan (seperti Gereja-Gereja Presbyterian dan Adventist Ketujuh) merujuk kepada ibadah yang dilakukan para penganut kedua-dua aliran ini pada waktu malam.