Vertigo

Templat:Kotak info gejala

Vertigo [vĕr-ti-go; daripada bahasa Latin: vertō "pergerakan berpusing-pusing"] atau gayat [ga-yat] ialah satu subjenis kepeningan yang melibatkan pesakit mengalami persepsi pergerakan dengan tidak betul (biasanya pergerakan pusing) kerana disfungsi sistem vestibul. Ini kerap berhubung kait dengan nausea dan pemuntahan serta gangguan keseimbangan, menyebabkan kesukaran untuk berdiri atau berjalan.

Terdapat tiga jenis vertigo. Yang pertama dikenali sebagai objektif dan memerihalkan apabila pesakit mempunyai penderiaan bahawa objek di dalam persekitaran bergerak; yang kedua dikenali sebagai subjektif dan merujuk apabila pesakit berasa seperti bergerak, dan yang ketiga dikenali sebagai pseudovertigo atau vertigo palsu, penderiaan intensif bagi putaran di dalam kepala pesakit. Apabila terpapar dalam buku teks, pengelasan ini tidak banyak berkaitan dengan patofisiologi atau rawatan vertigo.