Ruas tulang belakang

Tulang belakang semua haiwan Vertebrata terdiri daripada ruas-ruas tulang (vertebra) yang disusun membentuk turus panjang bersama tulang tongkeng dan tulang sulbi menyokong tubuh badan agar berdiri dalam keadaan tegak. Terdapat 33 ruas yang membentuk tulang belakang manusia yang sempurna; 7 ruas terletak di tengkuk atau leher (cervix), 12 ruas terletak di bahagian badan (thorax) dan 5 ruas terletak di pinggul (lumbar).