Veksilologi
Veksilologi (Jawi: ۏيکسيلولوڬي) atau kebenderaan ialah kajian sejarah, simbolisme dan penggunaan bendera atau, lanjutan daripada itu, apa-apa kepentingan dalam bendera secara umum. Perkataan itu adalah sintesis daripada perkataan bahasa Latin vexillum (yang merujuk kepada sejenis bendera persegi yang dibawa oleh pasukan berkuda Rom) dan akhiran bahasa Yunani -logia ("kajian"). Penggunaan pertama perkataan bahasa Inggeris vexillology adalah pada tahun 1959.
Seseorang yang mempelajari bendera ialah seorang veksilologis, seseorang yang mereka bentuk bendera ialah veksilografer, dan seni reka bentuk bendera dipanggil veksilografi. Seseorang yang hobi atau peminat umum bendera adalah veksilofilia.