Veganisme
Veganisme (disebut [vé.ga.nis.mĕ atau vi.ga.nis.mĕ]) merujuk kepada tindakan mengelak daripada menggunakan produk haiwan, terutamanya dalam pemakanan, serta suatu falsafah yang menolak kepengunaan haiwan sebagai barangan semata-mata. Seseorang yang mengikuti fahaman atau falsafah sebegini diberi julukan sebagai seorang vegan.