Vedigundu Pasangge

Vedigundu Pasangge
PengarahDr. Vimala Perumal
PenulisDenes Kumar
Dr. Vimala Perumal
Dihasilkan olehDenes Kumar
DibintangiDenes Kumar
Sangeeta Krishnasamy
David Antonny
Thangamani Velayudan
SinematografiP. Chidambaram
Disunting olehAnand Geraldin Cardoza
Muzik olehVivek–Mervin
Syarikat
penerbitan
Veedu Production
Diedarkan olehAstro Shaw
Tarikh tayangan
26 Julai 2018
Masa tayangan
128 minit
NegaraMalaysia
BahasaTamil
Pecah panggungRM 1,330,219

Vedigundu Pasangge ialah filem drama komedi Tamil Malaysia 2018 arahan Vimala Perumal. Ia merupakan lanjutan terakhir siri filem Vilaiyaatu Pasange/Pasangge selepas Vilayaatu Pasange (2011), dan Vetti Pasanga (2014). Ia juga sebahagian daripada francais Pasanga.Barisan pelakon termasuk Sangeeta Krishnasamy, Denes Kumar, David Anthony, dan Thangamani Velayuda. Muzik disediakan oleh Vivek–Mervin.

Filem ini ditayangkan melalui keluaran terhad pada 26 Julai 2018, di Malaysia, Singapura, Sri Lanka,Tamil Nadu dan United Kingdom. Vedigundu Pasangge menjadi filem Tamil Malaysia pertama melepasi jumlah kutipan RM 1 juta, dan mengatasi filem Maindhan (2014) muncul sebagai filem Tamil Malaysia dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman.