Vayu Purana

Vayu Purana (Sanskrit: वायुपुराण, Vāyu-purāṇa) adalah teks dalam bahasa Sanskrit dan salah satu daripada lapan belas Purana utama dalam agama Hindu. Vayu Purana disebut dalam manuskrip Mahabharata dan teks Hindu lain, yang telah membawa para sarjana mencadangkan bahawa teks ini termasuk dalam genre Purana yang paling tua. Vayu (Bayu dalam Bahasa Melayu) dan Vayaviya Purana mempunyai banyak persamaan dalam struktur dan kandungannya, mungkin kerana ia pada asalnya merupakan teks yang sama. Namun, dengan pelbagai perubahan sepanjang abad, teks asal telah berubah menjadi dua teks yang berbeza, dan teks Vayaviya juga dikenali sebagai Brahmanda Purana. Teks ini juga dianggap sebagai sebuah teks Saivisme khususnya mazhab Pasupata.

Purana ini pertama kali diajarkan oleh dewa Vayu kepada resi Vaisampayana. Kemudian, ia diceritakan semula oleh Sutapauranika, yang dikenali sebagai Lomaharsana, kepada para resi seperti Saunaka dan lain-lain, ketika mereka sedang menjalankan Sattrayaga di hutan Naimisaranya.