Varun Dhawan
Varun Dhawan | |
|---|---|
Varun Dhawan dalam sebuah acara untuk Stardust, 2013 | |
| Kelahiran | 24 April 1987 |
| Pekerjaan | Pelakon |
| Tahun aktif | 2012–kini |
| Ibu bapa | David Dhawan (bapa) |
Varun Dhawan (lahir 24 April 1987) ialah pelakon India yang berlakon di filem berbahasa Hindi. Beliau ialah anak kepada pengarah David Dhawan, beliau belajar pengurusan perniagaan di Universiti Nottingham Trent, setelah itu beliau menjadi pembantu pengarah Karan Johar dalam filem drama My Name Is Khan pada tahun 2010. Varun mula berlakon di dunia hiburan menerusi filem komedi-romantis Student of the Year, dimana beliau dicalonkan sebagai "Pelakon Pendatang Baru Terbaik" di Anugerah Filmfare.