Varian membimbangkan
Istilah varian membimbangkan (bahasa Inggeris: variant of concern; singkatan: VOC) untuk koronavirus sindrom pernafasan akut teruk 2 (SARS-CoV-2) adalah suatu kategori yang digunakan apabila mutasi-mutasi pada domain ikatan reseptor (receptor binding domain) meningkatkan pertalian ikatan (contohnya N501Y) di kompleks RBD-hACE2 (data genetik), sambil dikaitkan dengan penularan meluas di dalam populasi manusia (data epidemiologi).
Sebelum ini, varian yang baru muncul mungkin telah dilabelkan sebagai "varian berkepentingan". Semasa atau selepas penilaian penuh sebagai "varian membimbangkan", varian ini biasanya dikaitkan dengan keturunan dalam sistem tatanama PANGOLIN dan pelapis dalam sistem Nextstrain dan GISAID.
Semasa pandemik COVID-19, virus SARS-CoV-2 telah diperhatikan dapat bermutasi dengan gabungan tertentu beberapa titik mutasi spesifik. Ini membuktikan ianya lebih membimbangkan daripada yang lain. Hal ini dikatakan demikian kerana penularan dan virulensi serta berkenaan dengan kemungkinan kemunculan "mutasi melarikan diri" (escape mutations).