Varian Alpha SARS-CoV-2
Varian Di Bawah Siasatan pada Disember 2020 yang pertama, disingkatkan VUI – 202012/01, dan juga dikenali sebagai nasabah B.1.1.7, ialah varian SARS-CoV-2, virus yang menyebabkan COVID-19. Varian tersebut kali pertama dikesan di United Kingdom pada bulan Oktober 2020 dari sampel yang diambil pada bulan sebelumnya, dan ia cepat mula tersebar menjelang pertengahan Disember. Ia dihubung kait dengan peningkatan ketara dalam kadar jangkitan COVID-19 di England; peningkatan ini difikirkan sekurang-kurangnya sebahagian disebabkan oleh mutasi N501Y di dalam domain gabungan reseptor glikoprotein pepaku, yang diperlukan untuk gabungan dengan ACE2 dalam sel manusia.