Vanessa Marano
Vanessa Marano | |
|---|---|
Marano di Anugerah Saturn 2011 | |
| Kelahiran | Vanessa Nicole Marano 31 Oktober 1992 |
| Pekerjaan | Pelakon |
| Tahun aktif | 2002–kini |
| Saudara | Laura Marano (adik) |
Vanessa Nicole Marano (lahir 31 Oktober 1992) ialah seorang pelakon wanita Amerika Syarikat. Beliau telah muncul di siri TV Without a Trace, Gilmore Girls, Ghost Whisperer, Scoundrels, The Young and the Restless, dan lain-lain. Beliau menjadi pelakon utama Switched at Birth, yang mana beliau memegang watak sebagai Bay Kennish. Adiknya, Laura Marano juga merupakan seorang pelakon yang berjaya, membintangi Austin & Ally.