Valentinian I
- Laman ini mungkin lebih sesuai dipindahkan ke Valentinianus I
| Valentinianus I | |
|---|---|
| Maharaja bagi Empayar Rom Barat | |
| Fail:ValentinianI.PNG Bust of Valentinian I | |
| Pemerintahan | 26 Februari, - 28 Mac, 364 (sendirian); 26 Mac, 364 - 17 November, 375 (maharaja bagi barat, dengan kakandanya maharaja di timur) |
| Nama penuh | Flavius Valentinianus (sejak lahir hingga dilantik); Flavius Valentinianus Augustus (sebagai maharaja) |
| Pendahulu | Jovian |
| Pengganti | Valens, Gratian dan Valentinian II |
| Pasangan | 1) Marina Severa |
| Isteri | 2) Justina |
| Anakanda | Gratian Valentinian II Galla Grata Justa |
| Dinasti | Valentinian |
| Ayahanda | Gratian si Tua |
Flavius Valentinianus atau nama pemerintahan baginda Valentinianus I (bahasa Inggeris: Valentinian I, s. 321 - 17 November 375) adalah seorang maharaja Rom yang memerintah bersama-sama kakanda baginda Valens bermula pada 364 sehingga kematian beliau. Baginda merupakan maharaja de facto terakhir yang mengawal keseluruhan empayar, dan yang terakhir melakukan kempen-kempen ke timur sungai Rhein dan utara Danube. Tempoh pemerintahan baginda banyak dihabiskan bertempur dengan puak-puak Jerman, mengalahkan Alamanni dan Franks banyak kali. Baginda telah membina semula dan memperbaiki pengkubuan di sepanjang perbatasan, malah membina kubu-kubu baru di dalam wilayah musuh. Di sebabkan kejayaan yang didapati semasa tempoh pemerintahan beliau, dan kejatuhan serta merta kepada empayar selepas kematian beliau, Valentinian sering kali dirujuk sebagai "maharaja hebat terakhir". Baginda mengasaskan Dinasti Valentinian, apabila anak-anak baginda Gratian dan Valentinian II telah mengantikan baginda di bahagian barat empayar.